Datin Dr. Zoharah merupakan seorang profesional berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pengurusan korporat, akademik dan perundangan. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang peguam sebelum menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pengalaman luasnya kemudian dikembangkan di Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd, di mana beliau kini mengetuai Bahagian Modal Insan dan Hal Ehwal Korporat.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kepakaran dalam pembangunan sumber manusia dan psikologi organisasi.
Datin Dr. Zoharah memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Industri dan Organisasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah kecemerlangan dan produktiviti, serta bertauliah dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kelestarian, dan terjemahan profesional.