Puan Fatimah Binti Abu Bakar

Ahli Lembaga Pengarah
Puan Fatimah merupakan seorang berpengalaman dengan kepakaran dalam bidang latihan kepimpinan, komunikasi korporat dan pembangunan organisasi. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Celebrating Thinkers Sdn Bhd, sebuah organisasi yang menumpukan kepada pembangunan modal insan dan kepimpinan strategik.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam English for Specific Purposes daripada Aston University, Birmingham, United Kingdom, serta Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam Linguistik daripada York University, Toronto, Kanada. Beliau turut mempunyai Diploma (Gred 13) dalam Pengajian Bahasa Inggeris dari Mack International Academy of Arts & Sciences, Toronto.

Dalam bidang profesional, beliau aktif sebagai Ahli Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Ahli Komiti Majlis Perundingan Wanita Selangor, dan Ahli ANSARA. Antara tugasan terkini yang dikendalikannya termasuk Penilaian Bakat Kepimpinan untuk EPOMS dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, serta Program Kepimpinan Diri dan Program Mentor & Latihan Penyelia untuk organisasi tempatan dan serantau seperti DPEM dan Institut Perkhidmatan Awam Brunei.