TUAN RUSHDI BIN ABDUL RAHIM

Ahli Lembaga Pengarah
Tuan Rushdi Abdul Rahim merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Beliau mempunyai pengalaman profesional melebihi 25 tahun dalam bidang pembangunan dasar, teknologi, inovasi dan perancangan strategik, dengan penglibatan aktif dalam pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan sosioekonomi dan daya saing negara.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menyumbang kepada pembangunan strategi dan dasar di peringkat nasional melalui kepakaran dalam Strategic Foresight, transformasi organisasi dan pembangunan ekosistem inovasi. Beliau turut berkhidmat dalam beberapa lembaga pengarah, jawatankuasa strategik dan badan penasihat yang berkaitan dengan pembangunan teknologi, inovasi serta kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), merupakan Chartered Member of the Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) serta ahli Malaysia Board of Technologists (MBOT). Kepakaran beliau meliputi tadbir urus korporat, pembangunan dasar, inovasi, strategi teknologi, transformasi organisasi dan pengurusan pihak berkepentingan.