Tuan Syamsul Hazeman kini memegang tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK) sejak 1 April 2024. Beliau telah berkhidmat di dalam pentadbiran awam dengan pengalaman di dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan. Sejak memulakan kerjayanya pada 2005, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Penolong Pengarah, Timbalan Pegawai Daerah, dan Ketua Penolong Pegawai Daerah di pelbagai jabatan seperti Pejabat Tanah dan Galian Perlis serta Pejabat Daerah di Kerian dan Manjung. Pencapaiannya termasuk pengawasan keselamatan awam, pengurusan kualiti, dan pentadbiran tanah. Pada tahun 2019 sehingga 2024, beliau berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dengan pelbagai inisiatif beliau berjaya meningkatkan perkhidmatan kerajaan tempatan.
Beliau memiliki Diploma Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran), dan Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga memiliki Diploma dalam Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta Sarjana Sains dalam Pentadbiran Tanah dan Pembangunan dari Universiti Teknologi Malaysia.