Latar Belakang

PKEINPK PROPERTIES SDN BHD

PKEINPK Properties Sdn Bhd (PPSB) merupakan anak syarikat Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) yang ditubuhkan pada 12 Ogos 2021.

PPSB bertanggungjawab mengembangkan cabang perniagaan hartanah Kumpulan PSB termasuk pembangunan sebahagian tanah wakaf dan baitulmal milik Syarikat Milik Penuh Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Visi
Menjadi syarikat pembangunan hartanah yang berdaya saing di Negeri Perak dengan merancakkan perniagaan pembangunan dan servis perkhidmatan.
Misi
Memacu perniagaan dalam pembangunan dan servis perkhidmatan secara inovatif dan kondusif bagi meningkatkan produktiviti syarikat.

Tiga (3) Teras Perniagaan PPSB

Perancangan & Pembangunan Hartanah
Pengurusan Aset & Fasiliti

• Perkhidmatan Pembersihan
• Pengurusan Bangunan
• Perkhidmatan Teknikal & Penyelenggaraan

Pembinaan

• Memiliki Lesen CIDB G4

10 Unit Rumah | Teres 2 Tingkat

Projek Skim Perumahan

Laman Seri Kasia, Taiping, Perak

Projek perumahan pertama ini telah berjaya dijual dalam tempoh proses pembinaan. Reka bentuk dalaman berkonsepkan Islamic dengan penekanan kepada susun atur ruang, kedudukan tandas dan bilik mandi, struktur dan pengudaraan (self-cooling) serta kedudukan dapur yang tidak kelihatan kepada tetamu.

Majlis Penyerahan Kunci telah selesai pada 23 November 2023.

JUALAN KINI DIBUKA

Projek Skim Perumahan

TAMAN KASIA LEKIR, Perak

Nikmati kehidupan sejahtera di kediaman Teres 2 Tingkat yang selesa dan mendamaikan. Reka bentuk ruang yang moden dan praktikal memastikan setiap sudut memenuhi inspirasi rumah impian anda.

Pembangunan 26 unit rumah teres 2-tingkat yang berkeluasan 20’X55’ seunit. Pembinaan dijangka siap pada April 2025.

26 Unit Rumah Teres 2-Tingkat

4 Bilik Tidur

3 Bilik Air

Luas Binaan Kasar
1,600kps

Hubungi Kami

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji.

    PROJEK PEMBINAAN

    Rumah Berkembar Jenis Kelamin, Ladang RTB Gugusan Kg. Gajah
    Rumah Kuarters Pekerja Jenis Kontena & IBS, Ladang Gelung Pepuyu
    Rumah Kuarters Pekerja Jenis Kontena & IBS, Ladang Sg. Charok

    PROJEK PEMBANGUNAN HARTANAH

    KOMPLEKS PENTADBIRAN DAN PUSAT KOMERSIAL

    Pembangunan bercampur pejabat dan pusat komersial bersebelahan Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), Ipoh yang berkeluasan 1.87 ekar.

    PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI BANDAR MERU RAYA

    Pembangunan Bercampur Seluas 53.55 ekar (21.67 Hektar) Milik Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
    (Akan Datang)

    CADANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH

    Projek Pembangunan Bercampur di Bandar Meru Raya
    Projek Pembangunan Bercampur di Jalan Damai, Tapah
    Pembangunan di Jalan Besar, Simpang Lima
    Projek Perumahan di Kampung Pisang Jaya, Chemor
    Projek Perumahan di Kg Chenain, Behrang
    Projek Perumahan di Kubang Panjang, K. Kangsar
    Projek Pembangunan Bercampur di Mukim Rungkup, Bagan Datuk
    Projek Perumahan di Alor Pongsu
    Projek Pembangunan Bercampur di Wilayah Pundut, Manjung

    ASET & FASILITI PSB

    Bangunan Pejabat PSB, Greentown Suria
    Bangunan Pejabat PSB, Angsana Ipoh Mall
    Hospital Ar-Ridzuan, Greentown Suria
    Pusat Hemodialisis Wakaf Ar-Ridzuan, Manjung
    Scroll to Top