Bagi memenuhi peningkatan keperluan rawatan, PSB merancang pengembangan pusat dialisis di Kuala Kangsar, Taiping dan Teluk Intan, sekali gus merapatkan jurang akses dialisis antara bandar dan luar bandar. Inisiatif ini diperkukuh melalui penyediaan perkhidmatan dialisis dan farmasi bersepadu, bagi menyokong keperluan dialisis pesakit secara holistik dan berfokuskan kesejahteraan komuniti.
Melangkah ke hadapan, PSB menyasarkan tujuh pusat dialisis beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2027. Sasaran ini mencerminkan iltizam PSB untuk terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam penyediaan perkhidmatan dialisis berteraskan nilai ekonomi Islam — berdaya maju, berimpak tinggi dan berorientasikan rakyat.