PROFIL ASAS LADANG SAWIT KUMPULAN PSB

Luas Keseluruhan

8,479 ha

Luas Bertanam

3,693 ha

Ladang Pengurusan PSB

Sektor perladangan di PSB bermula pada 1984 dengan penganugerahan tanah di Ladang Gelung Pepuyu berasaskan tanaman koko sebelum ditukarkan kepada tanaman kelapa sawit pada 1986 dengan keluasan 449.50 hektar.

Ladang PSB terdiri daripada Ladang Kelapa Sawit. Model Pembangun PSB merangkumi lima (5) kategori iaitu Ladang Milik Kumpulan PSB, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), Al-Musyarakah, Al- Wakalah dan Wakaf (15 Buah Ladang)
PERBADANAN EKONOMI ISLAM PERAK SDN BHD

MODEL PENGURUSAN PERLADANGAN

MILIK KUMPULAN PSB

Pembangunan ladang yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh PSB.

RANCANGAN TANAMAN BERKELOMPOK (RTB)

Projek Kerajaan Negeri Perak bagi pembangunan ladang melalui usahasama diantara PSB dan peserta-peserta.

AL-MUSYARAKAH

Pembangunan ladang secara usahasama dengan agensi, pertubuhan atau syarikat tertentu.

WAKALAH

Ladang yang diwakilkan/dipajakkan bagi pembangunan ladang kelapa sawit.

WAKAF

Usahasama bersama MAIPk bagi Pembangunan Ladang Kelapa Sawit di atas tanah wakaf.

Ladang Milikan PSB

Ladang Gelung Pepuyu (LGP)

Ladang Gelung Pepuyu terletak di Changkat Keruing, Perak mula dibangunkan pada tahun 1986.

Ladang PSB Perdana

Ladang PSB Perdana (dahulanya dikenali sebagai Ladang Lekir) dibangunkan pada tahun 1996.

Ladang Labuk Sugut

Ladang Labuk Sugut terletak di Beluran, Sabah telah mula dibangunkan pada tahun 2008.

Ladang Mutiara Ledang

Ladang Mutiara Ledang terletak di Lembah Paitan Sandakan, Sabah mula dibangunkan pada 2019.

Ladang Ar-Ridzuan

Ladang Ar-Ridzuan yang terletak di Beruas, Perak telah mula dibuka pada tahun 2020.

Projek Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB)

RTB PULAU TIGA
RTB BEKAS PERAJURIT & RTB PASIR SALAK
RTB HULU IJOK
RTB SUNGAI CHAROK

Ladang Al-Musyarakah

Ladang usahasama merupakan projek perladangan yang dijalankan dengan agensi tertentu untuk menambah keluasan tanaman sawit serta menambah ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Program usahasama perladangan sawit Trolak Baru Bersama PPK Slim River bertujuan meningkatkan produktiviti membuka peluang kepada peladang-peladang kecil menjana pendapatan.

Ladang Al-Wakalah

Ladang yang diwakilkan/ dipajakkan bagi pembangunan ladang kelapa sawit.

Ladang Wakaf

Pembangunan Ladang Wakaf merupakan projek usahasama yang dijalankan antara MAIPk dan PSB bertujuan membangunkan wakaf di negeri Perak. Ladang wakaf ini merupakan ladang wakaf pertama di dunia dengan menjadikan pokok sawit sebagai mawquf dan buahnya sebagai manfaat yang disalurkan kepada MAIPk bagi saraan masjid dan sekolah agama di negeri Perak.

Nurseri Kelapa Sawit

Ladang Ar-Ridzuan adalah satu-satunya ladang milik PSB yang mempunyai nurseri kelapa sawit pada tahun 2022. Ia bertujuan untuk membekal anak benih kelapa sawit kepada ladang-ladang PSB yang lain dan pada masa yang sama untuk dijual kepada pihak luar. Tapak nurseri ini seluas 7.28 hektar.

GAMBARAN SEBAHAGIAN LADANG-LADANG PSB

Ladang RTB Kg. Gajah
Ladang Gelung Pepuyu
Ladang RTB Sg. Charok, Pengkalan Hulu
Ladang Mutiara Ledang
Scroll to Top