SEKTOR PERNIAGAAN

PERLADANGAN

Ladang PSB terdiri daripada Ladang Kelapa Sawit. Model Pembangunan PSB merangkumi kepada (5) kategori iaitu Ladang Milik Kumpulan PSB, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), Al-Musyarakah, Al-Wakalah dan Wakaf.

KESIHATAN

PSB melalui syarikat milik penuhnya adalah pemilik dan pengendali Hospital Ar-Ridzuan (KPAR). KPAR sentiasa menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit-pesakitnya khusus dalam rawatan Ibu & Anak, penjagaan buah pinggang serta pembedahan am berkonsepkan “Hospital Mesra Ibadah”.

HARTANAH

Sektor Hartanah yang ditubuhkan oleh PSB merangkumi pembangunan kediaman dan struktur kemersial khususnya bagi menerokai potensi pembangunan tanah-tanah baitulmal dan wakaf di Negeri Perak.
Scroll to Top