Meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan baitulmal yang efektif dan dinamik dengan mengamalkan tadbir urus yang cemerlang berlandaskan ketelusan, integriti dan profesionalisme yang tinggi.
Teras Perniagaan
Hartanah | Kesihatan | Perladangan
Visi PSB
Menjadi badan korporat yang berdaya saing dalam membangunkan ekonomi Islam khususnya di Perak
MISI PSB
Melaksanakan aktiviti Ekonomi dan Sosial berlandaskan Syariah.
Menjadi organisasi yang mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh dan Sumber Manusia yang berkualiti.
MOTIF
Geometri Islam berbentuk lapan (8) buah kubah bercantum erat mengelilingi bintang berwarna putih dan empat segi tepat berwarna hitam melambangkan keeratan kerjasama, kekuatan serta inspirasi kejayaan yang terdapat di PSB.
Bintang berwarna putih yang berada di tengah-tengah lingkungan kubah melambangkan kesucian yang terpancar di kalangan semua staf yang berada di PSB
sehingga memancarkan kecemerlangan dan keteguhannya.
WARNA
Putih, kuning dan hitam adalah perlambangan bahawa PSB ini ditubuhkan di Negeri Perak.
Hijau merupakan warna universal Islam sejagat (global), berjaya dan sentiasa berkembang ke arah kecemerlangan ummah.