MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH

Alhamdulillah, PSB berbesar hati dapat menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama sekolah-sekolah terpilih sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PSB. Majlis ini memberi peluang kepada PSB untuk berkongsi rezeki serta menyantuni para guru dan pelajar dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan.

Program ini mencerminkan komitmen PSB dalam menyokong dan mendekati warga sekolah, di samping mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. PSB berharap penganjuran majlis ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat, malah dapat menyemai nilai keprihatinan serta memberi inspirasi untuk terus berbuat kebaikan dalam masyarakat.

Semoga hubungan baik antara PSB dan sekolah-sekolah yang terlibat akan terus diperkukuhkan dan dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang demi manfaat bersama.

Scroll to Top