MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UDA DAYAURUS SDN BHD DAN PERBADANAN EKONOMI ISLAM PERAK SDN BHD (PSB)
Memorandum persefahaman yang berlangsung di The Par, Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh pada 8 Mac 2024 ini telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Hasnizi Bin Pauzi, Ketua Pegawai Operasi UDA Dayaurus Sdn Bhd dan Tuan Amirul Hakim Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd disaksikan oleh YBhg. Datuk Sr Mohd Salem Kailany, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Bhd dan YBhg, Dato’ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin, Pengerusi PSB.
Perjanjian ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi khususnya dalam perniagaan berkaitan pengurusan fasiliti dan bangunan. Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan pencapaian kedua-dua syarikat.