PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK
Ipoh, Perak | 18 Disember 2025 — Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. (PSB) telah menunaikan kewajipan zakat perniagaan berjumlah RM1,415,000.00 kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Royal Perak Golf Club, Ipoh.
Penyerahan zakat ini mencerminkan komitmen berterusan PSB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan ekonomi Islam, selaras dengan prinsip tadbir urus syariah serta usaha memperkasa kesejahteraan ummah di Negeri Perak.
Zakat yang ditunaikan ini berperanan sebagai instrumen penting dalam menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam, di samping memastikan agihan yang adil dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.

