PSB-PERKIM: PENYAMPAIAN KIT IBADAH DAN KOTAK MAKANAN
Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian Kit Ibadah dan Kotak Makanan kepada saudara Muslim bertempat di Dewan Tun Abd. Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak (PERKIM) pada 12 Ogos 2025. Program ini merupakan salah satu inisiatif PSB yang dilaksanakan dengan kerjasama PERKIM, bertujuan menyantuni masyarakat di Negeri Perak serta memperkukuhkan hubungan silaturahim.
Inisiatif ini memberi tumpuan khusus kepada saudara baharu yang sedang meniti perjalanan sebagai seorang Muslim, sebagai tanda sokongan, keprihatinan dan kebersamaan daripada PSB. Walaupun sumbangan yang disampaikan mungkin sederhana, besar harapan kami agar ia dapat memberi manfaat serta membawa keberkatan kepada para penerima.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PERKIM atas kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan memberi impak positif kepada masyarakat secara berterusan.





