RIANG RAYA AIDILFITRI PSB 2025
Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd (PSB) telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya pada 17 April 2025 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu jemputan yang terdiri daripada rakan strategik, sahabat korporat serta warga kerja PSB.
Yang istimewanya, majlis kali ini turut meraikan kehadiran delegasi dari China Western Power Co. Ltd., Puan Gina Jiang dan En Vergil Zhou sempena lawatan rasmi mereka ke PSB dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara dua syarikat tersebut.
Sebagai meraikan tetamu dari negara jauh, sambutan raya ini dimeriahkan dengan persembahan Tarian Zapin dan Joget Tradisional—seni budaya warisan Melayu—bagi memperkenalkan kemeriahan adat dan budaya tempatan kepada delegasi.
Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo PSB, bagi menghargai bakat dan kreativiti para peserta yang telah menyumbang dalam pembentukan identiti baharu PSB. Hadiah tempat Pertama RM5,000 dimenangi oleh SHAHRIL HEZRIN BIN SHAMSUDDIN, kedua RM3,000 dimenangi oleh AZMI BIN MOHD IDRIS dan ketiga dimenangi oleh MUHAMMAD SYAHMI HAIKAL BIN MOHD NOH dan 10 saguhati RM200 turut diserahkan kepada pemenang.
Semoga majlis ini menjadi simbol perpaduan, mempererat silaturahim dan terus mengangkat martabat warisan dalam semangat Syawal yang mulia.








